Sunday, September 6, 2015

#BusinessTrip to Tokyo, Japan

Assalamualaikum & Hi.

Post kali nak share pasal trip ke Jepun setahun yang lepas bertarikh 01.07.2014. Memang aku ingat tarikh ni sebab ni tarikh first time aku berpeluang travel oversea dan tarikh ni la hari pertama aku memegang title sebagai engineer PETRONAS 01.07.2013. Alhamdulillah.


Tak banyak sangat aku boleh kongsi pasal trip ni sebab 2 hari je dekat Jepun. Tu pon sehari pergi kilang setelkan pasal kerja, Factory Acceptance Test untuk valves and sehari lagi dapatla jalan-jalan area Tokyo.


After all, trip ni la yang paling aku takkan lupa sebab dah lama dah nak menjejak kaki ke Japan. Masa sekolah menengah dulu belajar bahasa Jepun dan ada la berangan nak further study ke Jepun. Rupanya angan-angan hanya tinggal angan-angan Haha


Accomodation:

Kitorang stay dekat Tokyo Grand Hotel. Boleh la nak rasa grand-grand siket sebab company yang bayar. Hihi. Tapi hotel ni macam hotel lama je. Nothing special. 




Transport:
Memang pakai public transport la; LRT, Shinkansen (Bullet Train) & Teksi walaupun harganya hurm mahal nak mam!



Tempat-tempat yang sempat aku pergi la :


1. Tokyo.

Sebab senior aku booking hotel kat Tokyo. So kitorang stay Tokyo. Bandar yang cantik, tersusun, bersih & tak serabut. Walaupun kat bandar, aku rasa tenang. Tempat menarik kat situ adalah Tokyo Tower.




2. Kariiwa

Dari Tokyo kitorang naik Shinkansen terus ke Kariiwa. Kariiwa ni tempat kilang kitorang nak pergi. Memang kawasan kampung dan rumah dorang macam dalam cerita doraemon tu. Ang ang ang! Comel betol. Kawasan ni sangat cantik sebab banyak sawah padi (beras sushi) yang menjadi sumber pendapatan utama orang situ.




3. Asakusa

Asakusa ni most likely bandar baru pinggir Tokyo. Ada satu lagi tower seakaan Tokyo Tower kat situ. Memang susah nak cari tempat ni sebab kitorang nak pergi satu street yang banyak jual souvenir. Asakusa ni memanng syurga souvenir untuk pelancong ke Tokyo.




3. Tsukiji

Tempat ni femes dengan fish market dia. Tak jauh dari Tokyo. Fish market tu pon takkan nak beli ikan kan? Haha Banyak souvenir dan pedang samurai. Tak mampu beli pedang samurai, aku beli pisau potong daging je kat abah aku.




4. Roppongi

Haa yang ni menarik ni. Roponggi ni tempat maksiat. 
"Jangan kata abam buat maksiat, abam nak gi cari makanan halal je. Haha"
Tempat ni kira banyak rumah pelacuran awek Jepun kelas A punya. Tapi aku hairan kenapa makanan halal banyak kat situ? Hurm. Dapatlah makan kebab dan makanan Turki. Pergh nikmat.... selepas dua tiga hari makan sushi je




Dari trip ni, lepas tu aku jadi trauma makan sushi.

Satu pengalaman yang indah dan jarang dapat peluang macam ni masa kerja. Free of charge pulak tu :P





No comments:

Post a Comment