Medan? merupakan salah satu tempat pelancongan menarik di Sumatera Utara Indonesia. Keindahan Tasik Toba atau dipanggil Danau Toba bagi masyarakat Indonesia menjadi tarikan utama di sini. Kami, warga pelopor huha huha Civil Engineering students, Universiti Teknologi PETRONAS Batch Jan 08 sempat merakam saat-saat manis di Medan untuk beberapa hari.
Ceh!
Aku nak cerita pasal trip ke Medan tahun 2014 sebenarnya tapi aku rasa banyak dah memori perjalanan ni yang aku dah lupa. HA HA HA. Mungkin sebab bukan aku yang plan trip ni, dan aku tak ambil port sangat masa planning, aku lupa dah perjalanan trip ni secara detail. Hehe. A big appreciation to Diba dan Fareez yang banyak berjasa menjayakan trip ni.
Ape yang aku ingat, tempat-tempat menarik yang kitorang sempat lawat dekat Medan ni.
1. Taman Simalem Resort.
Ya, kami stay dekat resort "mewah" atas puncak
bukit ni. Teringat lagi Supir kitorang macam tak percaya yang kami budak-budak
hingusan ni ada duit nak stay kat situ. Haha. Tapi, resort dia takdela mewah
sangat tapiiiii, view dia memang aku bagi 10 bintang la, menghadap Danau Toba
weh!
2. Sipiso-piso waterfall
3. Samosir Island
Samosir island pulak adalah sebuah pulau jadian terletak di
tengah Danau Toba. Kira pulau ni ada perkampungan dan kawasan tepi danau yang
sesuai untuk berkelah. Ape kitorang buat kat sana? Supir dapatkan nasi ayam
penyet terbaik dekat kampung tu dan kitorang lunch tepi tasik sampai main
MAFIA. Hehe. Banyak aktiviti jugak boleh buat dekat situ.
4. Kampung Orang Batak
Yang ni antara tempat yang paling aku suka. Melihat budaya
orang Batak Indonesia yang jauh berbeza dengan budaya-budaya yang lain. Kat
situ ada banyak rumah orang batak yang menarik, ada jugak pertunjukan tarian
orang batak dan sesi bergambar dengan rumah orang batak. Area situ ada jugak
kawasan untuk membeli-belah souvenir untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kawasan
souvenir ni memang dekat dengan jeti.
5. Istana Maimun Kesultanan Melayu Deli
Istana Maimun Kesultanan Melayu Deli terletak berdekatan
bandar/pekan Medan. Istana ini menjadi lambang penapakan kaum Melayu di Medan
la kot. Betul ke? Bagi aku Istana ni biasa jer cuma bagus bagi pelancong luar
untuk mengenali budaya, adat dan pakaian bangsa Melayu Deli. Kat sini korang
boleh sewa pakaian Melayu lengkap dan photo session. Sempat la abam pekena baju
Melayu lengkap siap bertanjak alahai.
6. Great Mosque of Medan
Antara masjid terbesar di Bandar Medan. Design yang agak
unik menjadi tarikan pelancong ke sini. Yang kureng siketnya, nak masuk masjid
pon kena bayar, nak susun selipar pon kena bagi tips. Huhu.
Overall, trip ni memang best walaupun banyak masa habiskan dalam perjalanan sebab kawasan dia agak jauh. Dari trip ni aku perasan yang journey kita akan awesome kalau kita pergi dengan geng-geng yang awesome. Tak boleh nafikan dorang ni memang awesome. Next trip sama-sama memang susahla memandangkan semua dah berumah tangga dan akan berumah tangga. Hehe.
Love you Medan, from Malaysia.
No comments:
Post a Comment