Assalamualaikum,
Kali ni aku nak share pulak pasal satu short trip ke Kota Kinabalu,
Sabah. Puas hati sangat dengan trip ni sebab boleh kata seratus peratus trip ni
aku plan sendiri dan yeah BERJAYA! :) selepas seminggu plan dan study tempat-tempat menarik dekat Sabah melalui
internet. Trip ni more to backpacking and low budget dan kurang sesuai siket
for family trip ye.
ITINERARY
Day 1
6.30am – Depart from KL
9.00am – Arrive at KK International Airport and go to City Bus
Terminal, Inanam
10.00am – Arrive at City Bus Terminal, Inanam
11.00am – Depart to Kundasang by bus
1.00pm – Arrive at Pekan
Kundasang and pick up rental car
1.30pm – Check in Ren-Hana Kampungstay, pray and rest
2.30pm – Lunch at Pekan Kundasang and walk around at Street Stall
3.30pm – Go to Dream World Resort
4.00pm – Sightseeing at Dream
World Resort
6.00pm – Dinner at Intan Restoren and Café at Pekan Kundasang
8.00pm – Back to homestay, pray and rest.
Day 2
8.00am – Go to DESA Cattle Dairy
Farm
10.00am – Go to Kundasang War
Memorial
11.00am – Go to Sabah Tea, Ranau
12.00pm – Go to Fish Spa Kampung
Luanti, Ranau
2.00pm – Back to homestay and check out
2.30pm – Depart to KK by taxi and ask taxi driver to stop at Pekan Nabalu
5.00pm – Arrived at KK, check in Tune Hotel, pray and rest
7.00pm – Go to the famous Lokan
Bakar and Kelapa Jelly at Salut
8.00pm – Go to Filipino Market,
KK city and have seafood for dinner
12.00am – Back to hotel, pray and rest
Day 3
8.00am – Check out Tune Hotel
8.30am – Go to Aquarium &
Marine Museum UMS
10.00am – Depart to KK International Airport
11.00am – Arrive at airport and back to KL
BUDGET
1.
Flight ticket (Return) --- Rm220 Air Asia Promo
2.
Ren-Hana Kampungstay --- Rm88 booking at
Booking.com
3.
Tune Hotel – Rm69 booking at Booking.com
4.
Car Rental Viva Auto, Kundasang --- Rm120 per
day
5.
Express Bus Ticket, Inanam-Kundasang --- Rm15
one way
6.
Taxi Kundasang-KK --- Rm120 per trip
7.
Entrance tickets : DESA Cattle Dairy Farm – Rm5
: War Memorial
Kundasang – Rm2
: Fish Spa Kampung
Luanti – Rm2
: Aquarium and
Marine Museum UMS – Rm10
8.
Uber at KK --- Rm60
9.
Lokan bakar & kelapa jelly --- Rm20
10.
Makan --- Rm100
11.
Souvenir ---- Rm100
TOTAL COST SOLO TRIP : RM931
TOTAL COST TRIO TRIP : RM645
ACCOMODATION
Since aku pilih untuk backpacking trip, aku cuba cari homestay/hotel
yang paling low budget. Jadi Booking.com / Agoda.com la yang membantu :)
Ren-Hana Kampungstay
Memang homestay ni strategik, lebih kurang 5minit dari Pekan Kundasang.
Homestay yang bersih dan ber’background’kan Gunung Kinabalu. Memang terbaik.
Owner homestay ni pon peramah dan dia siap tolong kitorang carikan teksi lagi.
Hehe.
Contact No : 017-8115679 / 011-18685177
Tune Hotel
Bolehla. Tapi kalau korang nak lagi okay rasanya baik stay hotel dekat
bandar KK. Tune Hotel ni luar siket dari bandar. Dalam 30min drive camtu dari
bandar KK.
TRANSPORT
UBER
Most of the time kitorang pakai UBER especially nak jalan-jalan area
KK. Memang cepat dan murah untuk ke sesuatu tempat. UBER ni agak baru dekat
KK.
BAS
Untuk ke Kundasang kitorang pilih naik bas express dekat City Bus
Terminal, Inanam. Agak senang untuk dapat bas kat situ dan make sure korang
pilih bas yang condition okay siket.
TEKSI
Teksi dekat Sabah ni agak mahal jugak. Memang mana-mana pon teksi mahal
kan? Haha. Tapi kitorang takde choice dah nak balik KK. Kalau naik bas takut
lama sangat nak tunggu. Mini van pon belom tentu ada. So teksi la yang terbaik.
Boleh ngada-ngada request berhenti Pekan Nabalu kejap. Hihi
KERETA SEWA
Nak jalan-jalan Kundasang memang kena ada kereta sewa. Kitorang sewa
Viva Auto dari sorang brader ni nama Jojo. Dia memang baik la. Agak susah nak
dapat kereta sewa dekat Kundasang sebab mostly kereta sewa dekat KK.
Contact no brader Jojo (Whatsapp only) : 014-9296939
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
DESA Cattle Dairy Farm
A must place to visit if you come to Kundasang. Kat sini la orang cakap
macam ala New Zealand tu. Memang betul2 bawah Gunung Kinabalu dan di sini lah
tempat pemprosesan susu lembu. Ape aktiviti boleh buat? Bergambar, bagi anak
lembu minum susu, makan eskrim, minum fresh milk dan kalau datang petang boleh
tengok camne dorang perah susu lembu. Sangat menarik!
War Memorial Kundasang
Ni kira tempat bersejarah la untuk menngenang nasib tentera British dan
Australia yang terkorban masa perang dulu. Aku tak amek port sangat pasal
sejarah sebab subjek sejarah dulu pon aku benci. HAHAHA. Tapi tempat ni memang
lawa dengan bangunan dan garden ala British gitu.
Dream World Resort
Ni saja aku pilih salah satu resort cantik bawah Gunung Kinabalu untuk
bergambar sakan dan sight-seeing. Other options korang boleh pergi Crystall Hill Resort atau Hounon Resort. View memang cantik nak bergambar tapi masa kitorang
pergi tu ribut kuat dan berawan.
Sabah Tea, Ranau
Tak wajib kalau pergi area sini untuk cari Sabah Tea bawak balik
sebagai souvenir kan? Sabah Tea ni dekat Ranau which is 30minit dari Kundasang.
Nothing much pon Sabah Tea tak segempak macam Cameron Highland. Kitorang pon
pergi sebab nak ngeteh dan beli Sabah Tea jer.
Fish Spa Kampung Luanti, Ranau
This is one of the highlight untuk trip ni. Unexpectedly it was fun!
Selalunya terpikir fish spa ni ikan kecik-kecik yang gigit manja gitu tapi kali ni ikan
besar betis baqhang! Siap ada ikan keli lagi tapi yang tak bahaya la Hehe. Agak
takut awal-awal tapi at least kena try sekali.
Pekan Nabalu
Kitorang mintak teksi berenti kejap dekat Pekan Nabalu otw balik ke KK.
Ni tempat untuk shopping souvenir, makanan tradisi Sabah and etc. Banyak kedai
tapi mostly jual barang lebih kurang jer. Boleh tawar-menawar bah! Kat situ ada
look up point gak nak bergambar ber’background’kan Gunung Kinabalu.
Lokan Bakar dan Kelapa Jeli, Jalan Sulaman @ Salut
Tak sah kalau berjalan tempat orang tapi tak try makanan tradisional
yang femes dekat sana kan? So korang wajib dating Salut ni. Memang abam salute
la dengan kesedapan lokan bakar dan semestinya kelapa jeli dia yang tak sama
dengan semenanjung. Satu bekas set kecik ada 15 lokan bakar, dah cukup untuk
perut aku yang kecik ni. Hihi
Filipino Market
Ala pasar malam yang femes dekat KK. Mesti korang pernah dengar la
pasar ni. Dia bukak petang hingga ke malam. Kalau nak cari souvenir dan makan
seafood sini la tempatnya. Ada satu street tu jual mutiara asli dengan harga
murah, berbulu mata nak cari souvenir beli kat family weh. Banyak sangat yang
cantik-cantik.
Aquarium dan Marine Museum UMS.
Yang ni saje je kitorang tambah dalam itinerary sebelom bertolak ke
airport. Unexpected gak tempat ni agak menarik cuma kecik siket, tak banyak
jenis ikan. Ada la penyu, ikan-ikan laut yang cantik tu, ikan kerapu besau yang
amat dan ikan-ikan yang diawet. Mungkin kalau korang plan for trip boleh cuba
tengok tempat-tempat lain yang menarik kalau tak minat ikan. Hehe
MAKAN
Portion makanan kat Sabah ni tak macam semenanjung. Nasi goreng satu
pinggan tu boleh makan 2 orang Haha. Memang macam tu bah bolehbakalaukau!
Makan wajib try dekat Kundasang / KK aku listed kat bawah ni.
1.
Lokan Bakar dan Kelapa Jeli @ Salut
2.
Serunding Tuhau
3.
Seafood dekat Todak
4.
Chicken Wing dekat Intan Restoren & Café
Kundasang
TIPS
1. Check weather dulu sebelom plan a trip
2. Jangan percaya seratus peratus dekat waze/google map sebab tak updated
3. Banyakkan bertanya dengan orang sekitar mengenai makanan halal kat kundasang
4. Have a safe drive sebab jalan sini bahaya
5. Better gi Filipino Market time petang la happening
1. Check weather dulu sebelom plan a trip
2. Jangan percaya seratus peratus dekat waze/google map sebab tak updated
3. Banyakkan bertanya dengan orang sekitar mengenai makanan halal kat kundasang
4. Have a safe drive sebab jalan sini bahaya
5. Better gi Filipino Market time petang la happening
Sekian itu sahaja. Harap sharing ni dapat membantu korang untuk plan for a trip to
Kundasang dan Kota Kinabalu.
try
ReplyDeleteHi SYamsul,thanks for the sharing
ReplyDeletethanks utk sharing experience..sgt membantu ;)
ReplyDeleteYou're welcome :) Enjoy your Sabah trip k
Delete