Saturday, December 3, 2016

Best Places To Visit in Seoul, South Korea #KoreaAutumnTrip2016

Assalamualaikum.

Akhirnya berpeluang juga menjejak kaki di bumi Sonata Musim Salju ni setelah lama bermimpi. Korea Selatan memang menjadi satu tarikan untuk pelancong dek kerana K-Drama nya, K-Pop nya dan Running Man nya. Kalau nak kira aku dulu takde la minat Korea2 ni, siap kutuk lagi member layan drama Korea masa di university dulu. Mengata orang paku serpih, sekarang aku pulak terjebak melebih2. Hehe Lepas seronok tengok Girls Generation tergedik­2, aku layan pulak K-Drama, lepas tu gila Running Man dan sekarang drama DOTS.

For this trip, kitorang pilih untuk pakai pakej je. Malas nak bersesat2 dan pening kepala cari tempat Hehe. Detail pakej yang kitorang ambil ada kat bawah ni.

SITIROS TRAVEL GROUND PACKAGE
Instagram : @sitirostravel
Available packages : 4H3M – RM 1,399
                            : 5H4M – RM 1,599
                            : 6H5M – RM 1,880
Package include 3 times meal per day, Guest House and transportation.

Berbaloi baloi !

BAJET
1.   Package (Seoul Tour + Nami Island) – Rm 1,599
2.   Flight Ticket Air Asia Promo (Return) – Rm 750
3.   Cash in hand – Rm 500
TOTAL: RM2,849


ITINERARY FOR 5D4N
Yang paling best, itinerary is flexible. Korang boleh tambah atau ubah itinerary yang disyorkan oleh travel agent. Kat bawah ni itinerary kitorang sepanjang kat sana. Menarik dan boleh cover almost semua tempat best!


ACCOMODATION
As provided in the package, Jongnowon Hostel. Ni macam guest house jer dan standard bilik dekat Korea ni kecik jer. Tapi lengkap dengan pantry dan ramai orang Malaysia stay dekat sini. Paling penting, guest house ni tengah2 bandar dan dekat dengan Insadong Street, tempat shopping! J


TEMPAT MENARIK

Nami Island
Ini antara tempat yang aku tunggu2 nak pergi. Ni kerna penangan Winter Sonata la Haha. Tapi seriously memang cantik lagi2 autumn season ni. Tak payah cakap banyak, korang tengok la gambar dekat bawah ni. Menarik jugak dekat Nami Island ni ada restoran halal dan surau. Wow! Muslim friendly jugak orang Korea ni kan? Makanan dekat Restoran Halal tu memang best especially Nasi Goreng Kimchi.






Gyeongbokgung Palace
Salah satu cara Korea Selatan nak meningkatkan ekonomi negara adalah melalui pelancongan. Jadi tak hairanlah kalau dorang sanggup bina semula istana lama hanya untuk dijadikan tempat pelancongan. Gyeongbokgung palace merupakan istana kedua yang femes dekat Korea ni dan terletak betol2 di tengah bandar Seoul. Memang ramai pelancong datang sini siap pakai Hanbok lagi.




Gwanghwamun Plaza
Just right in front of Gyeongbukgung Place. Di sini lah terletaknya 2 tugu hero kebanggaan rakyat Korea Selatan iaitu King Sejong dan Admiral Yi.

King Sejong – Merupakan raja yang mencipta tulisan Korea, Hangul yang merupakan satu2nya tulisan yang diketahui penciptanya.

Admiral Yi - Yi Sun-sin was a Korean naval commander, famed for his victories against the Japanese navy during the Imjin war in the Joseon Dynasty. Copy paste Wikipedia hihi.




Cheongyae Stream
Merupakan sungai yang paling bersih aku pernah tengok dan terletak di tengah bandar Seoul. Selalunya kat sini banyak festival dorang buat. Masa kitorang pergi ada Lantern Festival, tapi malam la baru festival tu start. Hehe





Bukchon Hanok Village
Asalnya tempat ni takde dalam itinerary. Selepas aku buat study siket pasal “Top places must visit in Korea”, aku mintak Admin includekan sekali. Masa kitorang pergi tu hujan renyai2, agak rushing jugak la. Bukchon Hanok Village ni kira kampung asli orang Korea dekat bandar Seoul. Masih mengekalkan bentuk asal rumah masyarakat Korea dan dalam rumah tu ada yang buat homestay, ada yang buat souvenir shop.




Hard Rock Café Seoul
Bagi collectors Hard Rock Café tshirt and souvenir, Hard Rock Café Seoul terletak di Lotte World Mall. Agak luar siket dari bandar Seoul.




Itaewon
Bagi orang Muslim, itaewon IS A MUST GO PLACE dekat Korea. Tengok tu sampai buat capital letters. HA HA! Sinilah kalau korang boleh rasa semua makanan Korea yang halal tanpa was2. Itaewon kira satu street untuk orang masyarakat Muslim Korea. Di sini terletaknya Masjid Itaewon yang femes di atas bukit. Memang ramai orang Malaysia, Indonesia dan Pak Arab dekat sini. Rasa macam dekat negara sendiri pulak.




Namsan Tower
I would say, Namsan Tower suppose not to be visited at night. Kalau pergi petang boleh dapat view lagi cantik kat atas tu. Kitorang pergi malam dan hujan renyai2. Memang sesuai untuk loving couple yang nak mengunci cinta abadi mereka di sebuah menara di atas bukit di tengah bandar cinta, Seoul. Ceh!



Han River & Yoeido Park
Merupakan sungai besar yang memisahkan Seoul kepada dua bahagian. Di sepanjang sungai ni memang banyak jambatan2 yang cantik dan menjadi tarikan menarik di Seoul jugak. Kitorang pilih untuk pergi Yoeido Park bersebelahan dengan sungai. Taman ni sesuai untuk picnic dan di situ terletaknya perkataan I SEOUL U sebesar2 alam untuk korang bergambar J



KBS Studio
Untuk kaki tegar K-Drama atau K-Pop memang wajib datang sini. KBS Studio ni salah satu stesen tv Korea yang menyiarkan drama2 femes contohnya Descendants of The Sun (DOTS), ok yang tu je aku tau. Drama lain aku tak tengok. Haha. Dekat sini ada showroom pasal KBS TV station ni. Kalau beruntung boleh jumpa retis jugak la kot. Hehe.



Gangnam Street
Bagi aku Gangnam ni kalau tak pergi pon takpe. Dek penangan lagu Gangnam Style, aku mintak Admin includekan sekali. Haha. Tapi nothing much kat sana, just a modern city with nice buildings. Kat sana kitorang lepak coffee shop jer.

Hello Kitty Café
Dalam 6 orang, sorang je minat Hello Kitty ni. Haha. Kitorang pergi breakfast kat sana and not bad. Tempat cantik dan menarik. Is a must go place for Hello Kitty lovers.



War Memorial of Korea
Since the 4th day tu takde Tour Guide, kitorang lost siket nak pilih tempat mana yang best. Finally we decided not to go to Dongdaemun Design Plaza and when to War Memorial of Korea instead. Best weh. Ingatkan muzium perang biasa2 jer, tapi memang gempak. I would say this is one of the highlight of this trip gak la. Dekat luar muzium ada banyak kapal perang, jet, kereta kebal and space ship. Boleh bergambar. Kat dalam 3 tingkat dan korang boleh tahu sejarah Korea dari zaman dinasti dulu, fight between North and South Korea sampaila campur tangan US untuk memerdekakan Korea Selatan ni. 





No comments:

Post a Comment